Tuesday, December 28, 2010

4 tahap virus dosa merosakkan hati manusia...

1.Rasa bersalah dgn dosa

-pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Fitrah smula jadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula-mula dilahirkan ke muka bumi). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah-olah menentang hati kecilnya sendiri. Atas dasar itu pakar psikologi mengakui bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang oleh rasa ‘guilty conscience’- rasa bersalah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusia seolah-olah berperang dgn dri sendiri.

2. Rasa biasa dengan dosa

-namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang, sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dgn dosa. Rasa bersalah tidak akan datnag lagi. Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang, Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bias tegal biasa. Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa.

3. Rasa seronok dgn dosa

-dosa itu ‘racun’ yang disalut kemanisan dan keindahan. Dosa yang dilazimkn tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dgn dosa, “penyakit’ hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa. Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk mlakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dgn kemungkaran, menghantui hati. Racun dosa bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yg terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yg berkubu kukuh di dalam hati.

4. Jadi pembela kepada dosa

-nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di ‘lebuh raya’ nafsu dgn ‘kenderaan’ sifat-sifat mazmumah, hati yang seronok dgn dosa itu dirasuk untuk ‘maju’ setapak lagi. Itulah thap keempat yg lebih dahsyat dan tenat. Keseronokan dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan penjuangnya.Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si ‘toxic people’ ini sebagai sesuatu yg indah, seronok dan menguntungkan. Jgn ada pembela agama yang bcakp tntang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangya dengan seluruh upaya dan kudrat. Awas hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta. Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik. Allah berfirman yg bermaksud: ‘Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.’ (Surah al-Isra’ 17-72)

Ruj:Solusi isu 3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...