Thursday, September 30, 2010

keterangan berkaitan period (haid)





Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)


Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.


Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)



HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
JAWAPAN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?
JAWAPAN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

1. Dalam perkara solat subuh pun sama :

* perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya
* Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


SEBAR2KAN LAH YE. RAMAI YANG XPERASAN HAL NEH..

2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlaku demikian ialah gila, pengsan, haid dan nifas. la tidak berlaku dalam kes menjadi kafir dan mencapai umur baligh.

Jika seorang dewasa (baligh) menjadi gila atau pengsan, ataupun seorang perempuan datang haid atau nifas, pada awal waktu bagi mana-mana sembahyang fardu atau dalam mana-mana bahagian waktunya dan masih ada baki waktu yang cukup untuk sembahyang, menurut jumhur selain ulama' Mazhab Hanafi wajib dia mengqada' sembahyang tersebut sekiranya telah berlalu tempoh yang mencukupi untuk sembahyang fardu dan bersuci, dan tidak diwajibkan sembahyang yang kedua (Asar atau Isya') yang dikirakan satu waktu dengan sembahyang yang pertama (Zuhur atau Maghrib).

Ini disebabkan waktu sembahyang yang pertama tidak layak untuk sembahyang yang kedua kecuali jika disembahyang-kan kedua-dua secara jama' (himpun), tetapi tidak sebaliknya, (iaitu waktu sembahyang yang kedua layak untuk sembahyang yang pertama).

Dalil pendapat jumhur yang mengatakan wajib qada' sembahyang bagi waktu yang mana berlaku keuzuran di dalamnya ialah awal waktu menjadi sebab bagi wajib sembahyang (tanda diperintahkan oleh syara').

Oleh itu, apabila bermula waktu, maka seorang yang mukallaf dituntut supaya melakukan sembahyang bagi waktu itu dengan diberi pilihan untuk melaku-kannya dalam mana-mana bahagian daripada waktu itu, dengan syarat dia seorang yang berkelayakan bagi taklif pada awal waktu lagi...

Sumber:Fiqh Islami oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

Quote:
Dalam penjelasan di atas ingin dijelaskan petikan berikut:
Ini disebabkan waktu sembahyang yang pertama tidak layak untuk sembahyang yang kedua kecuali jika disembahyang-kan kedua-dua secara jama' (himpun), tetapi tidak sebaliknya, (iaitu waktu sembahyang yang kedua layak untuk sembahyang yang pertama).

Maknanya dalam masalah mengqadakkan solat yang tak sempat dilakukan kerana haid,maka Malikiah dan Syafi'iah menghimpunkan diantara 4 solat,iaitu zuhur dengan asar dan maghrib dengan isyak,tetapi ada sedikit perbezaan diantara 2 mazhab tersebut...

Sekiranya seorang itu didatangi haid selepas masuknya waktu zuhur dengan kadar antara masa masuknya waktu zuhur dengan masa ia kedatangan haid itu adalah melebihi dari kadar 4 rakaat,maka wajib ia mengqadakkan solat zuhur tersebut berserta dengan asar.Tetapi jika kadar masa antara masuknya waktu zuhur dan masa haidnya itu hanya cukup sekadar 4 rakaat (tidak lebih),maka yang wajib ia qadak hanyalah solat zuhur itu sahaja.

Dan sekiranya ia suci dari haidnya pada waktu asar,iaitu paling kurang masa semasa ia suci dalam waktu asar itu ialah melebihi dari kadar 4 rakaat sebelum terbenam matahari,maka wajib baginya bersolat asar tersebut berserta dengan zuhur sebelomnya.Tetapi jika jarak antara masa ia suci dengan masa terbenamnya matahari itu hanya sekadar 4 rakaat atau kurang,maka hanya solat asar tersebut sahaja yang wajib keatas dirinya.

Berbeza sedikit dari Malikiah,iaitu mereka hanya mengambil kira waktu yang kedua sahaja utk dihimpunkan dengan yang pertama...iaitu sekiranya seorang itu kedatangan haid dalam waktu zuhur sedang ia belom lagi menunaikan solat zuhur tersebut,maka yang wajib baginya hanyalah mengqadakkan solat zuhur itu sahaja tanpa disertakan dengan asar sebagaimana Malikiah. Tetapi sekiranya ia telah suci dari haidnya dalam waktu asar dengan kadar 1 rakaat sebelom terbenam matahari (qaul pertama dalam mazhab Syafie) maka ia wajib menunaikan solat asar tersebut berserta dengan solat zuhur
sebelomnya.

Sumber: Kitab Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muktasid (Ibnu Rusyd) = Penjelasan Madini

cik beLLanan said...

brutalsolo : thanx 4 d info. adooi~ maken penin jadi pompuan neh..@_@


hamzah: ingat tuh.. infom bini kau nty. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...